Umrah

23:51:00

Bismillah,
Assalamualaikum..

Tengok tajuk entry terasa berat untuk menulis.. Bukan sebab tak nak berkongsi just ini adalah moment pertama dalam hidup dan ia tak dapat digambarkan.

Alhamdulillah, on 5.06.2014 aku,ibu,ayah dan adik lelaki diberi rezeki menjejakkan kaki ke rumah allah. Subhanallah, ia bagai satu mimpi.
Bukan semudah yang disangka. Keluarga aku bukan berada. Tapi kerana 'rezeki bukan hanya wang ringgit'.. I believe it.

Sebelum berlepas pelbagai dugaan kami lalui, dari masalah visa.. Masalah agency.. Masalah tiket kapal dan tarikh cuti. Masa tu aku masih tak berapa faham org cakap 'ujian nak ke tanah suci'. Aku cuma melapangkan dada dan fikiran its 'ujian'.The first thing yang keep on bermain dalam fikiran aku.. What should I do? Solat 24 hours? Panas?.. Tapi aku termakan kata-kata orang-orang lama.. ' jangan fikir bukan-bukan , nanti tu yang kita dapat sebab cakap tu doa'... Istigfar...

Flight aku jam 5.30a.m waktu malaysia... Masih diuji sebelum berangkat. Biar allah sahaja yang tahu. Penerbangan dari klia ke jeddah lebih kurang 9 jam. Solat subuh dalam flight. Pengalaman.
Sebelum terlupa... Pakej aku dari malaysia terus ke mekah, so miqat dalam flight means niat ihram. Sampai jeddah, kami diuji lagi dengan salah bas dan masalah bahasa. Tawakallah. Dalam group aku dilingkungan umur pertengahan.. Pling kecil adik aku.

Rombongan kami sampai ke hotel di makkah lebih kurang waktu asar.. Mutawif minta kami rehat ,mkn,mandi tapi masih menjaga larangan ihram. Pada perancangannya, kami akan menunaikan umrah lepas maghrib, tapi suasana di kaabah terlalu ramai plus polis masjid menghalang kami masuk ke laluan tawaf. Akhirnya setelah solat isya kami melakukan tawaf pertama. Hanya allah tahu perasaan aku bila pertama kali melihat dan menjejakkan kaki.. Kalau ikut akal aku rasa tak berdaya, flight 9 jam.. Pengurusan airport 2 jam, perjlanan hotel ke masjid 15-20 mnt berjalan kaki. Tawakallah.

Rindu.

Selesai tawaf.. The second place buat aku jatuh cinta... Saie... Im learn to be a strong muslimah. Im really love saie.. In mind... In heart... ' ya allah, biar aku dipimpin dan ditemani keluarga dan suami aku ... Aku ingin hadir lagi sebagai tetamuMU.. '

Aku percaya everything datang dan kembali pada allah..

You Might Also Like

0 readers

thanks sweetheart

Subscribe