ISLAM IS WAY OF LIFE

17:42:00


Assalammualaikum,

     Hari ni rara nak share sumthing yang rara rasa ia jalan terbaik dan rara perlukan as a woman and human. rara cukup tersentuh dengan pernikhan ikhlas seorang public figure. rara pun admire dengan ally iskandar. sebelum ni kita nyanyikan, laungkan promote islam is way of life. tapi bukan pada tingkah laku. rara tidak menafikan rara juga masih bergetar untuk mencari redha Allah.

     tanggapan rara yang 1st terhadap ally iskandar. HEBAT! you prove it in your ways. as we know public figure lagi terdedah dengan godaan dunia. dan rara terfikir : aku manusia biasa dan tiada siapa kenal. dan dia manusia biasa tak memiliki sesiapa selain milik tuhan. tapi kenapa perjalanan masih dibelenggu.

     tanggapan rara yang ke2 dia KAYA DAN BEKERJAYA mampu untuk segalanya. tapi rara terfikir : kaya manusia boleh dicari dan usaha. kalau ally kaya he deserve untuk buat majlis grand kan?. tapi back to islam is way of life. ada dalam satu sirah nabi, saudara nabi lelaki itu miskin tetapi berkenan dengan puteri nabi. nabi berkata. allah mengalakkan perkahwinan dan nikahi wanita itu semampu dirimu. dengan berbekalkan hanya surah al-fatihah sebagai mahar. dan menjamu tetamu dengan kurma.

     tanggapan ke3 BERANI. memperjuangkan agama dengan cara yang paling indah dan mudah. kenapa mudah. sejarah islam tersebar pun banyak melalui perkahwinan bukan?. rara terfikir beranikah dia demi islam agama ia sejak lahir. berani juga yang rara maksudkan ialah, ally berani mengambil risiko dan berdepan dengan masyarakat yang lebih ramai (public figure) setelah menikahi gadis yang jauh lebih muda. norma masyarakat memang begitu. 'kahwin salah tak kahwin pun salah'. ingat yang menilai kita Allah bukan manusia. biar cantik dimata Allah bukan cantik di mata manusia.

     yang terakhir rara rasa bertuah being as muslim and women. kehormatan kami mudah terpelihara. rara teringat pesan ustaz, diluar suami kuli kepada majikan dan makan gaji tetapi di rumah ia seperti raja mempunyai penasihat , raja juga dihormati oleh ahli keluarga. hebat tak nilai seorang suami?. allah janjikan terbaik untuk hambanya. jangan takut untuk menikah!

as a muslim al-quran petunjuk kita, dan percayalah.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. 
(surah: an-nur , ayat 32)

You Might Also Like

0 readers

thanks sweetheart

Subscribe