Part 1 : Lörrach, Germany (Supermarket)
21:24:00As salam,
Lagi dua hari genab sebulan di bumi Germany (24.10.2016). Sedih bila fikir kena terbang pulang ke sarang. Hadiah hari lahir dari Allah dan keluarga. Masa perjalanan ke sini, aku masih rasa betul ke jalan yang aku pilih? Aku korbankan satu semester, aku korbankan segala rasa. Demi Allah aku rasa masih bermimpi dan terbalas segala air mata.
Mungkin ada yang berminat nak mengenali pekan kecil ni. Kalau kau mohon aku jelaskan dari sudut geografi, kau silap orang. Stranger lagi arif menerangkan. *mohon stranger punya blog. Haha. Before fly, yes coordinator memang ada beri gambaran pekan kecil ni. Tapi soalan aku masa tu cuma tanya 'sir ada jual fresh flower tak?' soalan tu tak mencerminkan langsung student yang berwibawa. Hehe
Please google search lokasi Lörrach ni. Aku cuma tau dia bersempadan dengan Swiss and France. Owh ni penting, kat sini ada kilang Milka terbesar. Milka ni kilang chocolate seiring dengan Cadbury. Kalau jalan kaki dari rumah aku lebih kurang 10min. Kalau lalu time production dia, kau akan bau macam someone serve kau dengan hot chocolate. Melting gila.. Ok how your life in Lörrach? Do you love to stay here? Why? Why Germany? Soalan yang biasa diajukan pada aku.
Honestly tak susah, first week sampai sini aku dah cuba beranikan diri explore pekan kecil ni. Pusing-pusing kau akan jumpa downtown. Mostly penduduk sini berbasikal atau berjalan kaki. Benda yang paling aku kagum, bila cross jalan kat sini. Even kereta tu laju mereka tetap akan stop bila nampak manusia cross jalan di laluan zebra. Tak perlu 'power of hand' macam kat Malaysia. Another thing yang unik kat sini, every Sunday all shop are closed. Kau jangan nak berangan nak cuci mata or lepak shopping mall on Sunday. Diaorang lebih pentingkan quality time with family on weekend.
Kami (aku and stranger) *sedar diri tak travel sorang kat Germany, sampai Germany hari sabtu. Business operation kat sini ada yang sampai pukul 6.00ptg and ada yang sampai pukul 9.00 malam. So, masa hari kiteorang sampai tu dah tengah hari time ni agak rushing sebab nak cari rumah sewa kiteorang and kiteorang kena keluar beli makanan before 9.00 malam. Sampai rumah sewa, unpack barang bagai aku qada tidur dulu. Penat sebab beg aku penuh batu granit dari Malaysia. Lepas Maghrib I guess pertama kalinya kiteorang berjalan meredah sejuk and pekat malam bumi Lorrach demi sesuap roti untuk next day. Ingat Ahad semua mall tutup.
First time jejak supermarket diaorang, so typical malaysia la kan tak bawa plastic bag sendiri. Nasib lahai si Ali and Chris ni dah ada experienced. Menumpanglah barang kami di beg mereka. Malu rasanya, dah la Ali tolong bawak. haha. Thank Ali. Ok before terlupa. Ali, Chris and Stranger ni housemate and mix country Turki, China and Malaysia. Really nice sebab boleh la belajar benda baru. Beli basic stuff like bread, butter, juice and toiletries. Supermarket dia quite nice even tak berapa besar. I guess Giant kat area rumah aku pun lagi besar. But bargain power untuk customer tinggi. Kau boleh dapat shampoo less then 1 euro. Menangis rasa, kiranya kalau bawa 50 euro penuh bonet kerete kau dan pancit basikal kau dibuatnya. Mybe sebab mereka banyak supply local product.
Ni list supermarket yang ada and aku listed dari yang paling murah until expensive one.
1. Lidle (Kuning,Biru) - Groceries
2. Rewe (Merah, Putih) - Groceries, Fresh Market, Stationary * macam Tesco, also have own brand of product
3. Muller - Toiletries, Make up, Stationary, Snacks, * macam Zon Bebas cukai
4. Kastard - Sport/ Outdoor equipment, Stationary, Garment, Clothes, Shoes, Electric appliance, Linen, Chocolate,Accessories. * same like Zon Bebas Cukai, harga depends on promotions.
5. Hieber - Fresh Market, Groceries, Club, Coffee House * High Class shopping mall tapi kecik je mall dia, harga and environment je yang berbeza.
Ada lagi supermarket kecik-kecik aku tak list. Sebab aku cuma pergi yang terdekat dengan kawasan aku. Ok, kalau korang rindu petai and sawi korang boleh cari Asian Market kat downtown. Berguna bagi korang yang pandai masak. Sebab raw material asian ni mostly makanan Japan,Korea ,Thailand and China. Ada la sikit barang dari Indonesia. Paling susah bagi aku nak cari chili paste. Makan tak pedas tak asian people la kan. Hahaha.
Orang sini mostly tapaw je makanan dari rumah. Sometimes diaorang masak for one week and just reheat on next day. Pergi kelas pun bawak bekal. So, basically raw material macam pasta, cendawan , juice, susu segar and salad kau boleh dapat less than 1 euro per item. Macam tak masuk akal kan. Tapi ni la reality. Lagi-lagi kalau mall buat action price (promosi) sebab nak clear stock. One more things, korang susah nak jumpa instant product or 3in1 kalau ada pun mahal sangat dan tak berbaloi. Setakat kuah pasta and kek tu ada but check for ingredient sebab banyak yang non-halal.
Kalau nak lagi jimat , beli brand ja! ni.. rebranding item yang korang boleh dapat less then 1 euro |
So far, ni tips untuk shopping di Germany. Dah aku nak settlekan Final Year Project, ada masa aku sambung lagi. Wassalam.
0 readers