Belajar masak?

18:46:00

Assalammualaikum,


Rara tau korang pun suka makan-makan macam rara.*suke aku je hembus. Ok hari ni rara nak share satu resepi yang rara hembus je cara memasaknya. sangat mudah!

KERABU IKAN BERSAMA MANGGA
hidangan untuk 4-6 orang

Bahan-bahan:

4-5 ekor ikan (udang/sotong /ayam/daging)
3-4 biji mangga muda
4 batang  bunga kantan
3 batang serai
1 biji bawang besar
5-7 cili api
3 sudu kacang tanah berkisar sederhana halus
2 1/2  udang kering di sangai
1 biji limau kasturi
1 1/2 kerisik
halia

Cara-cara :

1. rebus ikan sehingga empuk, dan sejukkan sebentar. Carikkan / asingkan isi ikan dengan tulang ikan (ambil isi sahaja).

2. Bunga kantan, serai,bawang dan cili api  perlu diracik/dipotong halus. Dan ketepikan.

3. Mangga muda perlu dihiris halus

4. Tumbuk sederhana kasar udang kering yang telah disangai .

5. Halia disagat/diracik halus

6. Masukkan ke dalam mangkuk besar halia,bunga kantan,serai,bawang dan cili api . Gaul sekata dan tambah kerisik

7. Masukkan isi ikan dan gaulkan. Apabila adunan sebati masukkan mangga muda dan perahkan limau kasturi dalam adunan tadi.
 
Hasilnya


Selamat mencuba!

You Might Also Like

0 readers

thanks sweetheart

Subscribe