Bukit Broga, Semenyih

15:19:00

Salam,
    Hi you all... Hehe, maafkan pemilik blog yang sering tiada masa untuk mengupdate blog. Actually entry percutian ni dah lama nak update just... Just.... Aku tak pandai menghargai masa.
    For those yg follow instagram dan facebook aku mesti dah tengok gambar-gambar keriangan duniawi yang aku hapdet sepantas kilat. Hahaha, tu lah bagusnya Maxis jual Hot ticket u pengguna internet seperti aku ni. Topup RM15 hengget, ko gune puas-puas sepanjang travel. Macam-macam apps digunakan. Pantang sesat trus google maps, pantang lapar terus search tempat makan, pantang ada moments terus upload, pantang free trus whatsapps biar orang laen cemburu dengan event aku. Muahaha.
    Ok la, sesi promosi selesai. Short vacation ni aku dan bestfreind aku dah plan 2month early. Hampir cancle planning. First plan just jenjalan pergi genting. Tp cancle sebab genting under renovation for 3 years beb. Second plan nak g melaka, bila buat costing.. Mak ai mahalnya. Nak pergi zoo la, mandi manda la, nak tengok safari night la, nak makan ikan bakar la dan paling best cadangan nak g pulau sejarah nak tengok sunset. Sebak rasanya bila dapat kawan-kawan yang love environment. Muahahahaha.
   Finally planning dan aku bertegas nak buat aktiviti mendaki bukit. Yes,yes.. I'm leader, semua dengar cakap aku. Hahaha. Sorry geng. Bermodalkan sorang RM 45, (satu kete 4 orang)... Total up 180, dengan duit ni kiteorang spend duit minyak , duit tol dan makanan ringan pergi balik. Save!  (minyak dari melaka - semenyih) .

    Kiteorang gerak seawal 5.30 pagi, singgah solat di r&r seremban, breakfast dan menikmati matahari terbit. (time ni dapat call dari team UPM , nak cancle plan sebab kat sana hujan gerimis. Terkedu tapi masih gigih nak pegi). We all sampai semenyih around 6.50a.m tapi dah terang benderang dan parking full. What! Depa ni tak reti dok rumah ke wekend2 ni. Haih. Planning still running. So we all start panjat memanjat 7.00a.m dan sampai puncak 8.00 a.m... Dengan rasa semangat kiteorang mendaki sampai 3rd peak.. (4th peak adalah final).. Nak ke final ramai sangat. Awesome sungguh moment. Time tu la rasa nilai friendship, disebabkan gerimis so struktur jalan agak licin,lecak,lembab dan perlu berhati-hati. Tolong menolong nak tegelincir bagai. Memang best.
We all turun dalam masa 20min.. Cepat kan?! Sebabnya jalan dah kering, sesampai kat atas dah panas dan berangin. Boleh feeling oversea
sebab ada sikit kabus. Hehe.
     For those yang nak plan pegi mendaki bukit broga.. Ni je tips.
1. Make sure sampai awal , actually orang ramai naik bukit ni sebab nak tengok matahari terbit.
2. Prepare ubat-ubatan dan makanan. Takut ada yang terseliuh.
3. Persediaan cam petunjuk arah, kalau you all ada gps ok la tu. Tak lah sesat barat.
4. Make sure kondisi kawan dan kereta.. Kalau kawan sakit dinasihatkan korang betimbang rasa . Dan kereta jgn ada masalah overheat atau minyak. Agak jauh perjalanankan.
5. Duit kecil untuk bayar parking
6. Pakai pakaian yang serap peluh dan anda boleh bernafas. Kasut yang sesuai.
7. Seeloknya breakfast dahulu.
Ok la, aku hadiahkan you all gambar kenangan. Nak tengok lebih2 jengah instag aku : amiraaslar

You Might Also Like

0 readers

thanks sweetheart

Subscribe