Pengorbanan

12:34:00

Assalam.

Apa cerita raya korban korang?. Alhamdulillah raya kali ni sangat unik. Allah bagi peluang untuk aku merasa beraya dan merasai kehidupan seorang perantau.

Adat orang johor, sambut aidiladha memang sederhana. Tidak semeriah aidilfitri. Namun ia tidak membataskan rasa kesyukuran. Housemate dan kawan aku mostly bukan orang johor. Orang sarawak, terengganu,kelantan, kedah. Sedih dan sayu pula hati ni, bila lihat diaorang tak dapat balik beraya. Sayu beb!

Nak jadikan cerita, sehari sebelum raya aku masih ada kelas malam. Haih madam ni. So aku tak merancang nak balik awal. Tak pernah lagi setiap kali nak raya aku tak sebok kat dapur. Bila berjauhan ni, terasa lain sangat. Aku pun ajak housemate beli barang dapur , plan nak masak raya.

Seronok kot raya dengan orang berlainan negeri. Pelbagai budaya yang aku pelajari. Aku decide masak lauk raya, then celebrate dengan kawan-kawan yang tak balik raya. Ya allah seronok sangat tengok orang happy makan masakkan kita, pergi masjid bersama. Even aku failed masak ketupat. Haahaa.

Masak simple-simple share dengan orang lain. Seronok. Bukan aku tak ingat family, aku plan nak balik.. tapi family aku cakap balik pagi raya je, temankan housemate dan bagi diaorang makan dulu. Baik bos! Nature kuarga aku memang suka jamu orang makan.

Bagi aku setiap orang ada pengorbanan mereka sendiri. Even dalam sekecil-kecil perkara. Khutbah raya yang menyentuh hati aku.

'Pengorbanan ayah tidak terkira, di mana nabi ibrahim bekorban menyembelih anaknya ismail kerana taat perintah allah'

Salam aidiladha buat semua. 😃

You Might Also Like

0 readers

thanks sweetheart

Subscribe