Part 1 : ISEM

01:08:00

Assalammualaikum,

Hai readers, since ramai yang ingin tahu keputusan dan perjalanan ISEM aku. Let start the story. Eheh.

ISEM ni adalah pogram student exchange between UniKL and selected university in overseas. Dari sedekat-dekat university sampai la country empat musim. Alhamdulillah, the best opportunity that have been given and I received. Berlinang air mata masa first time dapat call. Surprisingly!

Actually aku ni bukan best student, dean list jauh sekali. * jangan suo aku share transcript, pukul kang. itee malu... Bagi yang tahu dan mengenali aku akrab, mungkin tahu perjalanan degree aku. Setiap sem beban bertubi, sampai pernah aku tak tahu bila aku ni nak berhenti menangis. Even, orang lain cakap chill la semua orang ada ujian, ujian aku lebih hebat. Ya allah rasa nak sepak je mulut dia. hehe.. Pretending being a strong girl every time buat aku letih sebenarnya. Well, aku sedar aku ni lembik. * flip tudung

Perjalanan degree aku tak sehappy geng newbie , freshie from diploma atau STPM. Sejujurnya UniKL bukan pilihan utama yang aku harapkan untuk sambung degree. Rezeki tuhan menggerakkan aku ke sini, aku decide continue degree and apply UniKL lepas balik umrah. Dah setahun lebih kerja, aku perlu adapt pulak dengan culture student, tak de geng study , kerenah bebudak, lost income stability, dan macam-macam la.. The best part, I lost my supporter.. Cnta jarak jauh berkecai masa degree, sebab aku gagal bahagikan masa dengan baik. After more than 8 years. *lap air mata

Sem demi sem, aku dah berjaya sesuaikan diri, just masih gagal kawal emosi sebab patah hati. Sometimes tu tengah study pun boleh mengalir air mata. Cis! dasar gembeng.. hahaha. Dari semua dugaan , aku belajar satu perkara serahkan hati dan segalanya pada tuhan. Im human, sekuat mana pun ada masa, bila terkenang aku akan lost.

Tentang semangat belajar, saat aku hilang cinta jarak jauh.. allah hadiahkan aku hubungan baik dengan lecturer. Sejujurnya memang akrab, entah macam mana boleh sekepala. Dia banyak guide aku dalam pelaajran, even aku tak pernah score dalam paper dia. Sian sir.. Minta maaf sir. hehe. Tapi tak pernah pulak share hati ke perasaan,just share masalah pelajaran, not more than that. Yang pasti, sir jaga aku macam anak. Thank a lot sir.* itupun kalau sir baca blog aku la. muahaha

Before hubungan cinta jadi retak seribu, hati pernah tercalar dengan kata-kata dia.. Masa result sem 1 aku keluar aku just score 3.00 tak dean list, konon-konon dapat kata semangat. haram, kena perli ada la.. Hati mana tak terluka weih, sentap sampai sem 4 tau. hahahaha. Tak menafikan dia hebat dalam serba serbi, plus ada rupa dan beharta nak bandingkan aku hanya gadis kampung ala kadar hendaknya. Since that aku nekad nak prove something, nak buktikan aku lebih hebat.. Tapi hakikatnya, aku jadi letih sebab nak tandingi dia.. Sigh.

Aku mula sebokkan diri dengan pelbagai aktiviti kampus, asal ada aktiviti yang bagi makan free for sure ada muka ku. hahaha Then sedar tak sedar tiba masa aku untuk menghadapi Final Year Project, during this time aku diuji dengan isu rumah sewa, pointer jatuh sikit, beban hati merindu orang dikejauhan, housemate lari, paper sederet, supervisor strict , jadual pack dan macam-macam lagi. * aku tau, korang akan cakap, dah nama student memang macam tu. hahaha. Sebenarnya aku lebih suka sebokkan diri, aku lupa dengan masalah merindu orang yang dah lama pergi. One day, masa discussion untuk FYP , my supervisor macam beria-ria sangat nak suo aku apply ISEM ni. Walaupun aku merasakan aku tak layak. Guys, yang apply tu mostly dean list, best student. Aku ni grammar pun sir selalu complain tiap kali hantar report. Ni ada hati nak apply exchange student oversea, malu weih.

Lama aku tenung form tu, siap aku selit-selit biar jauh dari pandangan mata. Tapi dalam masa yang sama, ini la yang aku mohon pada tuhan... Masa isi form aku siap minta advise dari sir, bestfriend and termenung di tikar sejadah. Dalam masa yang sama, supervisor aku keep push aku untuk submit ASAP. Hari-hari nangis, nak buat keputusan untuk mohon. Urm, finally aku hantar saat akhir, sehari sebelum permohonan ditutup. Actually aku ada apply tiga program, exchange student, summer camp and Spain. Dalam hati, confident gila dapat summer camp. Dan aku biar hari berlalu pergi tanpa fikir sangat result permohonan.

Entah kenapa cuti sem panjang kali ni, aku decide habiskan masa kat rumah, kerja dekat dengan rumah.. Tak macam cuti sem sebelumnya, aku mesti acah-acah lone ranger, survive cari duit. Dalam sebok orang lain nak buat persiapan raya, aku dapat call untuk pertukaran pelajar. Hurm, berat hati. I'm ask my father for may times, dia kasi pergi ke tak. sampai ayah aku malas nak layan dah dengan pertanyaan aku. hahaha. saja amik berkat.

Hati aku berat sebab aku tak bekerja, preparation nak pergi je dah habis beratus.. Dari pakaian, ubatan dan macam-macam. Sampai hilang mood beraya, baju raya pun pinjam adik.. hahaha. *nasib sesaiz Aku segan nak minta mak ayah aku, sebab dah biasa kot guna duit sendiri. Hari silih berganti, now tunggu masa untuk settle down flight and visa. May allah ease everything. Nanti perjalanan bermula aku sambung story k. Deal!

p/s: aku doa untuk sambung belajar ke luar negara ni, since aku dari sekolah rendah.. dari panjang doa aku sampai jadi pendek.hehe. Kesimpulannya jangan berhenti doa. Mungkin ini hadiah untuk aku, mahupun ujian untuk aku dalam memperkukuhkan iman .



 

You Might Also Like

0 readers

Subscribe