Day Trip : Luzern, Switzerland

18:40:00

T

As salam,

Memandangkan Chapter 1,3 and half chapter 2 FYP aku dah siap, aku self-treat menulis entry lapuk. Apedehal kan korang obses dengan #campakbelakang hahaha. Actually, entry ni macam entry berjiran dengan blogger syazaredzu. *kata busy tapi dah publish dulu, haippps biasa dia ni. hahahah

Ok, untuk pengetahuan korang ini first trip ISEM student travel together. Gamble gila, macam blind date ok. To be honest aku tak kenal Atin (Syazaredzu) , lebih menarik lagi aku lupa macam mana kiteorang berkenalan. Maafkan I Atin.. Heee Atin study kat Warsaw,Poland. Jauh budak ni merayap, 12jam naik bas katanya. Pheww. She deciding travel to Germany and she coming with her friend a.k.a housemate Kak Niza.

Masa mula-mula Atin text nak datang, aku cepat-cepat discuss dengan stranger. Eceh, padahal before tu kiteorang tengah dilanda taufan. Kawan kalau tak sentap tak kawan la beb!. Hee, Kiranya Atin datang ni, macam penyelamat jugak. Thanks Atin. Nak dijadikan cerita, masa Atin datang rumah housemate aku pun ada bawak kawan dia stay. Memang pack umah aku weih, Macam hostel budget pun ada, mix from other country. So far thumbups!

***Discussion moment***
Venue : Kebab House, Lorrach
Lead : Stranger
Decision : Day Trip to Luzern Switzerland


05.11.2016

Blind Date : Blogger bertemu Blogger

Percutian singkat, yang aku and stranger boleh guide. Alang-alang kiteorang pun belum pernah sampai. Bawa la diaorang sekali, hehe. Masa discuss Kak Niza macam nak travel around Germany je. Tapi stranger cakap kita dah sempadan Swiss and France, jauh sangat nak travel Germany. Membazir masa *teringat masa berkampung dalam bas ke Hannover 

Sumpah tak menyesal bangun pagi, berlari kejar train bila dihidangkan dengan keindahan Swiss yang mengasyikkan. haha. Mula-mula travel aku tak eksaited sangat, plus penat sebab before Atin datang aku pack dengan kelas and rush siapkan FYP Malaysia. Macam tak cukup tido, bila naik train sejam lebih rasa seperti didoikan dengan keindahan dunia. Khayal lalu...Zzzzzzzzzz. Bangun-bangun dah sampai Luzern!

Weih! Kat station dia pun aku dah start kagum tau, belum keluar dari station lagi. Dengan mamai-mamai, stranger kata 'cari tourist information cepat'. ha..ha..aku cari, dengan rabun lagi *spect hilang, misplace. Terkebil-kebil mata aku nak membaca dalam kabur. As usual suhu kat Swiss lagi sejuk dan mendamaikan berbanding Germany, dengan hujan renyai. Time ni, aku lari dari tanggungjawab tolong stranger, aku tolong Kak Niza cari toilet. hehe. Namun harapan Kak Niza nak melepaskan hajat punah sama sekali lepas tengok harga toilet.


2 CHF semata nak melepaskan hajat, terbantut hajat
 Tapi superb toilet diaorang. Tak de mak cik tua yang jaga semua automatic, bersih berkilat nau-nau, wangi


Stranger dah jumpa information counter, sambil berbincang peta. Aku tinjau keadaan sekeliling, biar operasi ni selamat. muahahaha


Tara! Wifi free... Dalam station pun ada.
Aku and stranger memang akan recommended korang travel in Swiss. Sebab senang gila nak cari tourist information, layanan superb, and safe. Duit je tak selamat, mahal sikit tapi berbaloi! Dah dapat guide and maps, kiteorang pun explore kota Luzern. Speechless. Depan station jalan kaki 5min dah jumpa Luzern Lake. Fresh gila udara dia. Boleh naik cruise nikmati pemandangan sekitar Luzern rate dalam 15-50 CHF sorang, korang boleh dapatkan advise kat tourist information.


Ok, belakang kiteorang tu Water Tower and  Chapel Bridge.
Ikut sejarah, menara ni dah ada lama dan pernah terbakar.

Setiap hari sabtu memang akan ada morning market di Swiss. worth it tau untuk sightseeing. Boleh jumpa benda alah pelik-pelik. Morning market kat Luzern ni senang je nak jumpa, diaorang operate di sepanjang laluan and kaki lima tasik. Atin and Kak Niza eksaited tengok buah pelik-pelik. Aku macam biasa la melting tengok fresh flower warna warni. 

Next, habis jalan sekitar tasik kiteorang looking for mosque. Jalan dengan stranger paling best tang ni la, aku dapat jejak pelbagai jenis masjid kat negara orang. Gigih jalan jauh jugak nak cari masjid. Biasanya masjid memang agak jauh, dan tersembunyi. Seronok kot travel then tumpang solat kat masjid negara orang. Masa sampai masjid , masjid ni berkunci dari ketuk manja sampai nak runtuh kami kerjakan. haha. *tak pelik kalau masjid berkunci, tapi aku tak tau sebab apa berkunci. Dengan sabar imam masjid pun buka pintu lepas 5 minit we all berdiri. Azan dia buat aku rasa rindu usrah!



Lepas solat, dalam gerimis kiteorang cari Luminous Monument. Kisah singa mati tu. Selain boleh tengok monument singa tu, boleh naik muzium lihat keajaiban dunia. Science fiction sikit tentang jenis batu zaman dahulu. Wajib masuk, jangan nak skip. berbaloi!
pemandangan dari tower, cantik sungguh Luzern

Berlatar belakangkan Swiss Alps

Mirror mirror in the wall, mira la yang paling kurus dibalik tiang.


   
Pintu masuk dan sekitar Luminous Monument
Amboi aci... Nak feeling autumn kat sini pun boleh.
Banyak lagi tempat menarik di Luzern yang korang boleh lawati. Just masa autumn ni masa jadi singkat, pukul 4 dah gelap macam malam. Plus hujan lebat membasahi bumi. Kami pulang dengan riang dan berharap dapat kembali lagi.😢

Apa yang aku boleh advise, bawa bekal , pakai pakaian yang warm *suhu suddenly change, beli la ole-ole. Luzern senang jumpa sale and boleh compare price. Bagi yang hantu jam dan berkemampuan, borong la jam dengan riang. Aku hanya mampu mendoakan masa kita berjumpa sama.. ececeh! hahaha Swiss kan syurga jam.. Nah! aku belanja gambar jam. Nak belanja jam korang bukan geti hargai masa. haha

*** Harga tiket ***
BASEL SBB - LUZERN
CFH 128.80 (2per)

'Sorry picture not allowed'
Thanks Atin! Bijak dan pantas snap gambar 


Wassalam!

You Might Also Like

0 readers

thanks sweetheart

Subscribe