Black Forest, Germany
08:19:00T
As salam,
Buah pelam cicah kicap Aku nak bercerita, tunggu sekejap! |
Sebagai orang melayu yang tak lupa daratan nah, aku belanja pantun dua kerat. Haha. Ni entry hutang yang wajib dibayar. Karang ada yang kempunan nak tau story aku ni. Haha. Guys, entry Black Forest ni sebenarnya sebahagian dari entry lama aku : Day with International Student. Tapi sebab moment kat sini sukar digambarkan and special so aku buat entry special bout this trip.
Trip ni as usual organize by Connect Group DHBW from my university. Sebenarnya ada kisah sedih dan gembira dalam trip ni. Kisah sedihnya, some of student tak dapat join sebab Connect Group tak cukup transport. Uniknya student sini, mereka usually carpool untuk kemana-mana. Kira ihsan mereka drive kereta mereka bawa international studdent kemana-mana. Cool gila! *bersyukur lah kalian university kalian masih mempunyai own transport, request dapat and sometimes request reject. Korang bukan orang berkepentingan dalam uni.Hahah
So, akhirnya hanya dua buah kereta comel, satu MPV. Aku dah tak ingat berapa ramai yang join this trip. *korang kira sendiri dalam gambar.heee. Tak silap aku Black Forest ni sebenarnya satu kawasan pergunungan yang sangat famous di Germany. Gunung ni diberi nama Black sebab ada sebahagian kawasan dia tiada cahaya matahari mampu menembusi permukaan tanah, disebabkan ketinggian dan ketebalan pokok-pokok pine kat situ. Gunung ni juga terletak antara dua kawasan iaitu Freiburgh and Lorrach. Besar kawasan dia, dan korang ada pelbagai option nak lawat.
Perjalanan dari kampus aku ke Black Forest ni lebih kurang 45 minit drive, bersimpang siur naik bukit ala-ala jalan ke Cameron and Genting Highland. *habis gula-gula aku makan nak tahan mabuk. nak muntah sedar diri menumpang kete orang. Sepanjang perjalanan view memang superb! Udara segar, sungai jernih, lembu bersepah. Memang english garden ke farm aku tak tahu lah. Hanya tuhan je tahu keindahan dia.
hah! kira cepat berapa ramai peserta, sebahagian lagi sampai-sampai terus gi toilet. Sejuk kemain, baru kat base park. Semua dah ala-ala baymax |
Pendakian bermula, dengan jarak belas-belas KM lebih kurang 3-4 hours. Masa ni aku rasa eksaited gila , lama kan tak hiking. Sejuk pulak tu. Alahai! Rindu weih. *terkenang kawan Malaysia. Track dia susah aku nak jelaskan, apa yang aku boleh gambarkan kiteorang melalui lereng bukit, jalan berbatu, mendaki hingga ketinggian beratus meter dari aras laut. Nikmat tuhan yang kau tak dapt dustakan. Meh aku belanja scenery yang tak tergambar dengan kata-kata.
First picture acah-acah nak interframe semua. Weather agak gloomy masa ni, so nak cari angle picture tu berbagai cara. Muehahaha |
Dari kiri cepat jalan! Kira lah kalau dapat, ada lagi ni kat belakang. Yang pegang maps kat belakang, yang bawak makanan kat depan. |
Respect yourself, Enough to walk away from anything that no longer serves you, grows you or makes you happy |
Thanks stranger, lawa shawl aku kemain flip kau amik. Haha "Who created me (and made available), it is HE who guides me (26:77)" |
Cinta dua darjat : Germany di langit, Malaysia di bumi |
Dah puas kan aku belanja gambar. haha ok kat final base kiteorang melantak bekal. Aku masak pasta goreng ala malaysia bezanyanya cuma pedas gila. Muahaha. di base ni ada stesen cable car, ada kafe and ada dataran. Hah! one more thing yang special tentang black forest ni, ialah kek Black Forest. Yang menghampakan buah black forest ni, dia mix dengan wine tak silap aku. Ni pun Tham(Malaysian) yang cerita. *student Malaysia yang study sini untuk full time. Mostly pengunjung yang datang memang tak lepaskan peluang taste dua benda kat sini Eiscaffe and Black Forest cake. Aku nak try Eiscaffe (coffe+aiscream+whipping cream+ais) tapi sedikit mahal and agak pelik, musim sejuk minum ais. So aku lupakan hasrat. Germany kau hutang aku satu!
Selesai segala urusan zahir dan batin. Melepas hajat, menkedarah, berfoto-foto kiteorang berjalan pulang. perjalanan pulang view dia sedikit berbeza, sebab berbeza laluan plus sesat barat. Lepas makan semua penat, lupa la segala. View dia, ada banyak farm, hotel , bar and kiteorang jumpa tinja binatang. Haih. Tiada niat bercakap kotor. Tapi ini lah realiti. Aku paling suka bila jumpa binatang, haih terubat rindu dihati nak pegang binatang. Macam jakun okey, pegang kuda , lembu and keldai. Macam melawat zoo terbuka.
Cukup sampai sini, cerita hutan gelap ni. Aku harap korang boleh suluh jalan masa depan korang dengan gembira sekarang. 'Allah bagi seribu satu cara,peluang dan jalan untuk kita kenal erti pengalaman' lillahi'ta'ala.
Wassalam!
0 readers
thanks sweetheart