Buli

19:58:00

Assalamualaikum,

Semalam ada member aku share video kes buli. Aku ni jenis orang suka nak tau apa dalam fikiran orang lain especially isu-isu macam ni. Bajet Edward Cullen baca fikiran si Bella. Hahaha.. Tapi aku tengok video tu tak sampai 5 saat pun.. Dalam mind aku dah timbul terawang-awang beberapa soalan.


Si pembuli tu hanya pikir panas dia je ke? panas hati orang yang di buli dan melihat ni pe cite.. Mesti dia lupa satu jari yang menunjuk kesalahan orang lain ada empat jari lagi menyalahkan dia. Si pembuli ni orang yang jenis pendek akal or memang jem bila pikir solution.. Means selain dok terajang orang tu, baik lawan cakap.. sebab cakap ni lebih tajam dari mata pedang. Haahaha.. Si pembuli ni biasanya bercita-cita ape? Penjenayah ? Gangster ? Atau pegawai sebat di penjara? Mak ayah si pembuli tu adakah pembuli juga? Apa perasaan si pembuli bila ahli keluarga dia yang kena buli? 

Dan realitinya aku sedar.. Remaja yang bermasalah ini kadang-kadang certain family pun tak boleh handle mereka. Masalah mereka ini lebih kepada kecelaruan identiti. Mungkin mereka rasa hot dan tuff pada luaran hakikatnya ilmu di dada tiada. Pegangan hidup entah dimana. Siapa patut membantu? Sedangkan mereka ini merasakan orang lain patut tunduk dengan kemahuan mereka. 

Aku pernah melalui zaman remaja, dan aku tidak memilih kawan dan pergaulan aku. Mereka datang dari pelbagai cara hidup, masalah dan gejala sosial yang sukar difikir dek akal. Result tip top, tapi mat rempit. Cantik gila dia ni, unfortunately dia pernah melahirkan anak luar nikah. Dan bagi aku dalam setiap masalah marah bukan penyelesaiannya.

Hidup  ni sekali je, kehidupan kita ada dua pilihan baik atau buruk. Just ask yourself, once you do something bad it's yang terbaik untuk kehidupan anda. Ancaman dalam hidup kita adalah nafsu diri sendiri.

Kuat tak semesti hebat
Gagah tak semesti berani
Menangis tak semesti lemah
Jatuh tak semesti gagal
Diam tak semesti bodoh

 
 
Yang jadikan kita hebat, kuat bukan kegagahan kita tetapi kebijaksanaan kita. That why rakyat Palestin tak gentar menentang Zionis yang penuh dengan kelengkapan senjata, malahan Zionis takut dengan kebangkitan anak muda Palestin yang bijak pandai.

Wasalam.

You Might Also Like

0 readers

thanks sweetheart

Subscribe