12 Jam fly with stranger
18:28:00As salam
Ini memang entry hutang, Niezam kata ' hutang perlu dilangsaikan'. haha. Sebelum kena tazkirah, baik aku selesaikan. Turutan cerita macam tak ikut kronologi, maaf la aku cuma excited cerita tentang Islam di Germany.
Ok, back to main point. Errr actually ni first time aku travel jauh without family. Kalau setakat travel 7 -8 jam naik bas ke utara aku tak perlu update blog. Pejam mata je, mau kena kecam kan. haha. Honestly aku gugup, i'm thinking a lot. How can I sleep? , since aku pun tak cukup tidur drive pepagi buta. Now aku kena duduk sebelah stranger! Bukan maslah cover ayu or something else, just awkward.
Selesai je, check in aku dah start feeling butterfly in stomach. Ekh muka stranger ni memang tenang duo puloh empat jam ke, aku wonder gila. Weih kau tak kenal aku tau, kau tak tau pun aku ni tido mengigau especially bila aku terlalu penat. Hurr.. Still thinking and worries.
Kiteorang ni sebenarnya ngam-ngam je masuk flight, tapi aku rasa flight tak fly on time pun. Sebab kiteorang sempat cari cokelat untuk bekalan dalam flight. Start conversation. Weih neves, what kind of feeling. Loser betul.
Tapi aku rasa mulut aku tak berenti bercakap, even tangan aku sejuk gila. Apa sei, nak bual ape ni?. Otak aku ligat spin segala maklumat. Aku rasa cam aku tak layak nak have a conversation dengan best student ni. Actually ni bukan first meeting, just before ni Puteri teman aku. Our first meeting masa apply visa. Tak menafikan kiteorang contact je selalu tapi discuss benda penting like visa, email and subject not more than that. tak penah berkenalan pun. Tak de sesi introduce my self pun. Sampai ada masa aku malas nak reply whatapps dia. Terdesak baru reply.
Start conversation dengan imagine, stranger ni Niezam. Talk about ape pun tak ingat, discuss la sikit tentang once arrived in Germany apa nak buat, kind of movie, country nak visit, makanan and university activity. One thing i just realize, we have meet before this in library and I confident gila cakap dia junior. padahal dia senior kot. Feeling akak-akak sangat. Hamek kau!
Lepas sembang entah apa-apa, aku mengantuk gila tapi aku segan and takut nak tidur. Oh God, what should I do. Aku pun godeh la screen kot ada movie yang boleh halang aku tertido. Yes, yes! Me before You, elok aku toleh kiri stranger dah tido. Time ni tiba-tiba sejuk, urgent matters kononnya nak ke toilet. Tapi, aku takut gila nak kejut stranger. aku lupakan hasrat and keep watch the movie. Emo pulak tengok movie, menangis bagai nak rak tapi kena control voice, imagine that. Sumpah aku pelik stranger boleh tido dengan tenang. Once dia bangun, aku tertido jugak, tapi macam suddenly woke up. Nak menangis rasa bila penat tapi tak cukup tidur.
Flight kiteorang transit di Istanbul, time ni la aku guna masa dengan sebaiknya. Melepaskan hajat and time ni jugak la aku rasa tak sihat and dizzy. Mybe sebab tak cukup tidur and perubahan tempat. Morning with stranger. Time transit ni aku cuba untuk open mind and control rasa pelik. Since aku ada dia je kan. Nak rely on sape lagi. Dia jugak la yang jaga stuff aku time aku ke toilet bagai. Vice versa. Hai stranger salam perkenalan.
Next flight Turkey to Basel, Swiss.
Aku diantara dua lelaki, kiri kanan stranger. Aku ada bantal peluk aku je as my friend. Bagi aku flight time ni sungguh tak selesa sebab kecik je kan. We all start conversation dengan recap pasal airport and airfreight management. Ilmiah gila, First word aku judge dia 'Skema'. Bagi aku challenging la nak get along dengan stranger. definetly sebab dua karakter yang berbeza. Aku jenis kepochi dia jenis straight to the point. Boleh kata macam serius sepanjang masa. Mati la nak. Nak buat dunia sendiri pun tak boleh, no internet connection at all. Memang nak tak nak kena bercakap dengan stranger.
Mind aku, dia kawan kau sekarang. walaupun kau baru kenal dia. Now journey kami bermula di bumi Germany. Entry ni tak berapa penting pun, just ini part of my journey ke Germany. Honestly aku tak imagine stranger yang akan jadi partner travel and study di Germany. I guess kiteorang akan fly berempat with Wida and Niezam. Manusia mampu merancang tuhan yang menentukan.
So doakan aku and stranger success here!
0 readers