Matahari

03:51:00

Assalam,

Maaf bagi yang menunggu khabar dari aku. bukan menghilang , bukan melarikan diri cuma memberi ruang kepada hati biar tenang dengan jalan sendiri.

Sepanjang aku berada di bumi Germany ni, alhamdulillah hati aku tenang. jauh dari beban tak tertanggung dan hati kian kuat. Ditakdirkan tercampak dibumi asing, ujian teguhnya iman sering dicabar. Chill je. Serah segalanya kepada tuhan.

Demi tuhan aku jatuh cinta dengan Germany. Moga rezeki kekal disini. Aku sering dihambat dengan persoalan hati, sudah sering aku jelaskan dan kadangkala aku sendiri letih dengan hati aku. Tidak sekuat mana hendak menafikan rasa. Hendak menyelam rasa takut tenggelam tanpa teman, hendak kuhirup takut ditelan racun, hendak mengenal aku takut dikecewakan. Aku biarkan.

Yang lama datang kembali, seakan menghukum mimpi baru. Lupakan saja orang yang pernah menyakiti. Bukan berdendam cuma tidak mahu luka terus dalam.

'Itulah kau langgar lagi larangan tuhan, sekarang kau menghukum semua'

Pedas, tersisa tapi itu peringatan biar hati jadi cekal dan redha.

Aku merasakan riak wajah aku bagai matahari, suma menerangi. Jauh didalam hati dingin menanti salji. Yang akan menemani adalah yang selayaknya diri ini.

wasalam.

You Might Also Like

0 readers

Subscribe