Dia Dihatiku, Dia Idamanku | GA diTag =)
19:48:00
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim
Semua orang ada keinginan tersendiri dalam konteks pemilihan pasangan. Pemilihan pasangan adalah sangat berat dalam islam , sehingga ditegaskan dalam al-quran dan hadis. Sepertimana firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 26
"Lazimnya perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. "
Persoalannya, mengapa dan kenapa Islam menggariskan pemilihan pasangan adalah utama? Ini kerana Islam sangat menjaga nasab keluarga dan agama umatnya. Siapakah 'Dia dihatiku, Dia Idamanku' ?, Jika lelaki digariskan dengan empat(4) perkara dalam pemilihan wanita, begitu juga dalam memilih pasangan lelaki sebagai imam rara.
Pertama, hartanya : Pemilihan berdasarkan hartanya bukan dikira materialistik, tetapi selaras dengan fitrah kehidupan manusia 'segalanya bukan dengan wang tetapi segalanya memerlukan wang'. Keinginan wanita tidak tertumpu hanya pada satu-satu perkara. Sebagai contoh, kadang-kadang penilaian wanita terhadap sesuatu perkara lebih dari satu. 'Lelaki tu handsome, erm... tapi kurennng sebab kerja cashier.' Lelaki perlu ada harta kerana :
" Apabila seorang lelaki memberi belanja kepada keluarganya sehingga memenuhi keperluan isterinya, belanja itu adalah sedekah untuk suaminya"
( Hadis direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
“Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.”
(Shahih Muslim)
Kedua, keturunannya : Keturunan ini tidaklah hanya dipandang dari sudut hartawan bersama hartawan, bijak pandai bersama bijak pandai namun ia juga termasuk sekufukah kita dengan pasangan. Pemilihan pasangan sekufu perlu kerana ia membuatkan seseorang itu selesa. Ini bermakna rara juga akan pilih pasangan yang sama kedudukannya dengan rara. Nanti tak de lah Keturunan yang baik-baik mampu mencorak kehidupan seseorang itu menjadi lebih baik.
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.”
(al-Tahrim ayat 66)
Ketiga, kecantikannya tetapi kalau lelaki ketampanannya (skema ayatkan) wink.wink :
Roomate 1: Rara asal kau minat Aron Aziz ??
Roomate 2 : wei! sapa tak minat, gila handsome kowt mamat tu.
Rara : well gurl memang akan memandang kejantanan, kehandsomemannya dan kekayaan. fuh!
Jelaskan di situasi diatas, pusing mana pun perempuan nie. memang akan melihat pada kecantikan.. kalau ada keunikan or pape ia kira aksesori dalam kecantikan. Fitrah manusia mahu yang cantik. Kalau dah berumah tangga kecantikan itu seumpana pahala free.. Sebab bila pasangan cantik or handsome, kita akan selalu tengok, tatap dengan rasa kasih. Tatapan kasih seorang suami mahupun isteri adalah pahala. Cari pasanagn yang comel =)
" Sesungguhnya ketika suami memperhatikan isterinya dan isteri memperhatikan suaminya, Allah memperhatikan kedua-duanya dengan rahmat. Ketika suami meramas tapak tangan isteri, berguguran dosa-dosa suami dan isteri itu daripada celah jari jemarinya"
( Hadis direkodkan oleh Maisarah bin Ali bin Abu Said al- Khudri)
Dan yang terakhir adalah agama. Kenapa kena tengok agama ia?? Ok, bagi rara agama ini sangat penting. Selain ia adalah penegasan dalam hadis dan al-quran bagi rara lelaki beriman ini kekuatan dalam satu perhubungan. Lelaki yang menjaga agamanya pasti lelaki yang mampu menjadi pemimpin.
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” (al-Nisa’ ayat 4)
Ayat ini jelas menyatakan sesiapa pemimpin dan imam bagi wanita. Kalau nak jadi imam dimasjid mesti tau rukun dan bacaan ketika solat. Tak gitu?. Jadi pemilihan imam dalam keluarga lagi-lagi sebagai pasangan hidup mesti la yang bukan sahaja tahu tentang agama dan agama menikut keturunan semata-mata tapi mengamalkannya. Bila baik agamanya pasti baik akhlaknya .
p/s: Inilah iadaman hati rara. Thanks to eca sebab tag contest yang sangat bermakna buat rara. Tetapi rara bukan Siti Fatimah yang layaknya untuk Saidina Ali. Tawakallah =)
0 readers
thanks sweetheart